Declan Rice rasmi sertai Arsenal dengan perjanjian bernilai £105 juta setelah saga perpindahan yang panjang dan rumit.

Arsenal mengumumkan kedatangan Declan Rice menerusi saluran YouTube kelab itu. Dan ianya sangat kreatif. Kesemua pemain dan pengurus Mikel Arteta gembira Declan Rice sertai Arsenal.

Rice sudah lama setuju menyertai Arsenal. Namun kedua dua kelab bergelut dalam mencapai kesepakatan harga dan struktur bayaran.

Arsenal kemudian setuju membayar £100 juta wajib dan £5 juta dalam bentuk bonus. Bayaran £100 juta akan dibayar dalam 2 musim ini.

Rice menjadi sasaran utama Arteta untuk menguatkan bahagian tengah pasukannya.

Musim lalu Rice cemerlang menjadi ketua pasukan yang membantu West Ham menjulang Piala Persidangan Eropah.

Kini Rice sedia untuk memulakan cabaran baharu bersama dengan pasukan Arsenal.

Declan Rice kini menjadi pemain British termahal memecahkan rekod Jack Grealish sebelum ini.

Rice teruja menyertai pasukan Arsenal. Dia berkata: “Saya nak menyatakan terima kasih tak terhingga kepada semua penyokong Arsenal di atas sokongan anda setakat ini.”

“Ianya sangat mengujakan. Hari ini saya berada di Arsenal pada hari pertama dan sudah terasa seperti di rumah sendiri.”

Kehadiran Declan Rice akan menguatkan lagi skuad muda Mikel Arteta yang bersaing mencabar kejuaraan EPL musim lalu.

Musim ini mereka turut akan beraksi dalam UCL.